Penyakit Kulit Ekzema | Kenali Punca, Gejala dan Cara Merawat Penyakit Ekzema

Ekzema merupakan keadan kulit yang menjadi merah, kering, gatal dan merekah. Menurut kajian, penyakit eczema mempunyai pertalian genetik. Sekiranya salah seorang sama ada ibu atau bapa merupakan penghidap ekzema maka ia memberi kesan genetik itu kepada anak-anak.

Ekzema (eczema) juga dikenali sebagai atopik dermatitis (eczema atopik) yang sering berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa (usia lanjut). Hampir 30% keputusan diagnosis simptom kulit melibatkan eczema atopik.

Perkataan Ekzema (eczema) berasal dari Greek iaitu ekzein yang bermaksud “mendidih” dan perkataan Ek bermaksud “keluar”. Manakala dalam bahasa Yunani pula, zema bermaksud “mendidih”. Ia terbahagi kepada 2 jenis ekzema iaitu:

Ubat Eczema Ubat Ekzema Paling Berkesan

ACUTE ECZEMA

  • Erythema : kulit berasa panas, bergelojak dan gatal, keradangan
  • Papules : pembentukan tompok-tompok merah

ECZEMA KRONIK

  • Kulit menjadi kering, berair dan bersisik
  • Kulit menebal kasar dan berkedut.

Apakah Simptom Penyakit Ekzema?

Ekzema atopik biasanya akan berlaku berterusan dalam tempoh waktu yang sangat lama. Ia merupakan gelaja penyakit kronik yang hadir sepanjang masa di mana sepanjang tempoh itu akan berlaku pelupasan dan perluapan yang mungin teruk sehingga memerlukan rawatan intensif. Antara simptom utama penyakit ini adalah:

  • Kulit akan pecah dan merekah
  • Kawasan kulit tertentu mungkin akan koyak
  • Kulit terasa sangat kering
  • Rasa gatal selalunya akan lebih teruk pada waktu malam
  • Menggaru akan menyebabkan kulit terasa seperti menebal
  • Kulit menjadi radang, kemerahan, melepuh dan terkandung cecair
  • Kulit kelihatan seperti ada tompok lebam kecil, bertompok merah atau coklat kelabu.

Ubat Eczema Ubat Ekzema Paling Berkesan

Punca Penyakit Kulit Ekzema

Punca sebenar ekzema masih belum dapat dikenalpasti sepenuhnya. Tapi beberapa punca dan faktor eczema telah dikenalpasti antaranya :

  • Pencemaran antara punca ekzema
  • Pencemaran antara punca ekzema
  • Terdapat sejarah penyakit ini di dalam keluarga
  • Perubahan emosi (resah dan stress)
  • Allergik kepada makanan dan bahan pengawet
  • Cuaca yang panas
  • Alergik kepada persekitaran (asap rokok, bahan kimia, haiwan berbulu, habuk)
  • Kuat berpeluh
  • Alahan kepada bahan pencuci seperti sabun dan detergen
  • Air berklorin tinggi
  • Alahan kepada pemakaian barang kemas dan bahan kosmetik
  • Alahan kepada fabrik tertentu.

Bagi orang dewasa ekzema biasnaya akan menyerang pada bahagian muka, siku, buku lali, leher dan lutut. Sementara bagi bayi pula, tanda-tanda eczema boleh jelas kelihatan pada bahagian pipi, leher, dahi, lengan, betis dan kulit kepala.

Penyakit ini menyerang tidak mengira msa, ada yang menghidap eczema sejak bayi da nada juga yang mendapat eczema ketika dewasa.

 Ubat Eczema Ubat Ekzema Paling Berkesan

Rawatan Penyakit Ekzema

Ekzema tercetus apabila kulit gagal berfungsi dengan baik untuk menghalang kemasukan “allergens” atau alahan dimana ia menyebabkan kulit menjadi kering. Hal yang mengakibatkan kulit menjadi sangat gatal dan pesakit akan menggaru. Tabiat menggaru ini akan menyebabkan kulit semakin kering, lapisan kulit akan terkoyak dan ruam akan mula muncul. Kitaran ini akan berulang seperti rajah di bawah.

Ubat Eczema Ubat Ekzema Paling Berkesan

Dengan mengetahui kitar ezkzema dan pencetusnya, ia memudahkan kita untuk mewujudkan langkah-langkah bagi mengawal kelembapan kulit serta mengubati radang. Antara langkah yang boleh diambil adalah:

Pakaian

  • Pakai pakaian yang longgar dan fabric yang selesa seperti kapas.
  • Elakkan memakai pakaian yang ketak serta tidak menyerap peluh.

Pemakanan

  • Makan makanan berkhasiat yang mampu mengekalkan daya tahan badan
  • Elakkan makanan yang pernah mendatangkan kesan-kesan alergik seperti sebelum ini seperti makanan laut, kekacang dan sebagainya.

Persekitaran

  • Mewujudkan pengudaraan yang baik di tempat tinggal.
  • Pastikan tahap kelembapan adalah sederhana.
  • Sentiasa menukar cadar dan selimut yang bersih.
  • Menggunakan sarung tangan jika perlu

Sikap

  • Elakkan terdedah dengan matahari yang kerap
  • Elakkan mandi dengan air panas
  • Kerap memotong kuku agar kulit tidak cedera teruk akibat digaru.
  • Mematuhi arahan doktor.
Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop